Saturday 23 August 2014

salam perkenalan


        Salam perkenalan.Nama aku Kim Demon Witch.jangan salah sangka.Aku bukanlah seorang syaitan penyihir.Aku langsung tidak pandai sihir hatta silap mata sekalipun.Nama yang aku berikan ini diambil sempena nama hero yang aku kagumi dalam game dota.Apa tu dota?Peminat permainan komputer mesti tahu game ini.Defense of The Ancient.Demon Witch ini dikatogerikan sebagai hero intelligent yang mempunyai kelebihan membuat spell yang mampu stunt,vadoo,menyedut mana,chakra atau kuasa,dan membunuh orang dengan petir merah sekelip mata.hebat kan?


        Aku seorang insan biasa,hidup seperti orang biasa,pekerjaan yang biasa-biasa,tiada yang luar biasa mengenai aku.Jalan Infiniti.Tajuk blog aku.Kenapa aku menamakan blog aku Jalan Infiniti?Blog aku,suka hatilah aku nak letak nama apa...ha3.

        Aku baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging.Otai-otai diharap dapat memberikan tunjuk ajar.Entry pertama aku ini aku mahu kongsikan sedikit lirik yang menyentuh jiwa tentang penulisan.Semoga terhibur



Ramli Sarip Songs

Bukan Kerana Nama Lyrics
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun menurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat-laun hancurlah dirimu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Ini hanya satu kehidupan
Hanyalah satu kehidupan
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat-laun hancurlah dirimu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan